Rabu, 20 Mei 2009


HJ TUAH AJAK
Pengerusi Badan takmir Mesjid
Nurul Iman PEKAN WESTON



ENCIK SAMEN SEDIK
Bilal Mesjid Pekan Weston

Junaidi Omar Ali

Pengerusi Biro IT Mesjid Nurul Iman Pekan weston

Ahli Jawatankuasa

Cik Dg Halimah Labungi

Cik Norazwani Idris

Selasa, 7 April 2009

SEJARAH PERJUANGAN PERTUBUHAN ISLAM SELURUH SABAH (USIA )

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.”

(Bukhari & Muslim)


Carta pengislaman kelolaan USIA sejak 1970 hingga 1991 mencecah seratus ribu dan terdiri daripada masyarakat Dusun. 1970 - 1976 merupakan kemasukan paling ramai iaitu melebihi lapan puluh ribu.


Suara Mualaf Sabah mencadangkan kepada pihak kerajaan Sabah dan pihak-pihak berwajib khususnya Jabatan Agama Persekutuan dan Negeri Sabah agar mengambil tindakan segera kepada saudara-saudara baru;
  1. Buka pusat latihan dakwah sedia ada untuk saudara baru ( mualaf ) - Tindakan JAKIM
  2. Pihak USIA diminta menghidupkan semula penghantaran saudara baru menunaikan fardhu haji sepertimana yang pernah dilakukan sebelum ini ( lihat carta di bawah )
  3. Pendaftaran semula saudara baru. Ia perlu dilakukan oleh JHEAINS agar data sebenar saudara baru dapat dikemaskini sekali gus menyambung data yang telah dibuat oleh USIA sebelum ini. ( lihat carta di bawah, untuk rujukan )
  4. Saudara baru ( mualaf ) yang masih bersekolah perlu dibiayai persekolahan mereka. Ini kerana, ada di antara mereka terputus sumber kewangan apabila bertukar agama.
  5. Lantik seorang senator saudara baru ( mualaf )

9 perkara di atas merupakan sumbangan besar USIA di Sabah . Kemuncak sejarah ini adalah sekitar tahun 1973 - 1975 . Antara tahun ini, program pengislaman beramai-ramai di kalangan masyarakat Dusun Sabah, dibuat USIA. Kerajaan Sabah di bawah parti USNO berjaya dalam program menaikkan Islam di Sabah, namun gagal memberi ilmu kepada masyarakat Dusun yang telah diislamkan. Tidak dinafikan, perlunya mereka yang bukan beragama Islam didakwah agar mereka menemui kebenaran, tetapi jika penyampaiannya kurang tepat, maka tamparan buruk akan kembalinpada umat Islam itu sendiri. Tindakan segera perlu dibut oleh pihak-pihak berwajib agar kesucian Islam kembali bersinar di bumi Sabah.


Carta keahlian USIA bermula 70-an hingga 2000. Jika dijumlah, keahliannya hampir seratus dua puluh ribu. Apakah dengan jumlah besar ini USIA tidak dapat melahirkan ilmuwan -ilmuwan Dusun? Ke mana perginya seratus lebih orang ini dan generasi mereka?


Gambar kiri; Pengembang & pendakwah Islam di Sabah. Perubatan, pendekatan yang digunakan berjaya menarik masyarakat Dusun mendekati Islam. Gambar sebelah kanan; bersongkok, merupakan orang Dusun pertama menerima Islam di tangan Mohammad Sarip Ambik atau lebih dikenali oleh masyarakat Dusun Ranau sebagai ( Bapa Tua )



Barisan Pemimpin Isalam Pertama Yang Menggerakkan USIA di negeri Sabah ,Usaha meneggakan Kalimah Allah dibumi Sabah terus Mekar sehingga hari ini . Semoga yang telah pergi menyahut seruan Allah berada didalam roh orang orang yang beriman .

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG MNIPW


Selasa, 24 Mac 2009

MESJID TERMODEN DI ASIA TENGGARA

MESJID PUTRAJAYA
Masjid Putra yang dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama Putrajaya. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Putra dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Dari masjid ini boleh dapat dilihat dengan jelas keindahan tasik dan kawasan sekitarnya. Sebahagian besar kawasan masjid dikelilingi oleh tasik Putrajaya. Ini menjadikan Masjid Putra kelihatan terapung-apung di permukaan tasik. Selain dari itu ianya juga membolehkan udara segar dari tasik bertiup masuk untuk menyejukkan kawasan masjid. Jambatan Putra dan Kompleks Perdana Menteri juga boleh dilihat dengan jelas dari masjid ini.
MENARA
Terdapat juga sebuah menara yang berdiri megah setinggi 116 meter di sebelah kiri pintu gerbang Masjid Putra. Menara berbentuk bintang lapan penjuru ini jelas memperlihatkan keunggulan senibina dan senireka Islam. Terdapat lima tingkat pembahagi pada menara ini untuk melambangkan lima rukun Islam dan juga sembahyang lima waktu.
KUBAH UTAMA Kubah Masjid Putra berwarna merah jambu. Rekabentuknya berasaskan arabesque iaitu ukiran tumbuhan sepertimana yang diukir pada kubah-kubah masjid di Mesir. Ukiran dan hiasan dalaman kubah dan masjid keseluruhannya diilhamkan dari seni ukiran tradisional orang Melayu.Kayu cengal dan seraya hitam digunakan untuk menghidupkan seni ukir di dalam masjid.





Pada keseluruhannya, konsep rekabentuk Masjid Putra adalah berdasarkan senibina Parsi zaman kerajaan Safawe. Senibina tradisional digunakan bagi mengharmonikan perubahan bentuk segiempat (Dewan Solat) kepada bentuk bulat (kubah) dengan mempekenalkan segilapan (oktagon) sebagai bentuk perantaraan.
RAS BAWAH DUA : menampilkan imej pertahanan yang kuat dimana bahagian bawahnya dihias dengan dinding dan benteng yang didirikan disekeliling aras ini untuk memberi gambaran keteguhan.ARAS BAWAH : menggambarkan konsep terbuka dimana tiang berbentuk payung dan ukiran yang direka (masyrabiah) dapat memberi perlindungan daripada hujan dan panas serta membolehkan pengudaraan semulajadi. Konsep Masjid Putra yang terbuka ini juga membolehkan kesinambungan antara saf dalam dan saf luar.
ARAS SATU DAN BUMBUNG : mengandungi 8 buah kubah kecil yang membentk 4 penjuru dewan solat utama. Disekeliling aras tersebut, konsep terbuka jelas kelihatan dengan adanya tingkat-tingkat besar yang dihiasi dengan masyrabiah.
16 TUDUNG KONKRIT : mengelilingi aras yang mana bermulanya kubah Puncak kubah ini dihiasi dengan mercu tajam yang menghala ke langit.

ARAS BAWAH DUA : Aras ini menjadi penghubung utama kepada sesiaran (promenade) yang merupakan rangkaian jalan untuk pejalan kaki mengelilingi tasik buatan manusia. Di atas aras ini juga terdapat pelantar untuk menghayati tasik dan persekitarnnya yang indah terserlah. Pelantar ini juga digunakan untuk penyelenggaraan bangunan masjid.ARAS BAWAH SATU : Aras ini menempatkan pelbagai kemudahan iaitu sebuah auditorium yang boleh memuatkan seramai 450 orang, dewan makan untuk 400 orang dan sebuah ruang legar/pameran. Aras ini juga menempatkan pejabat utama Masjid Putra, tiga buah bilik kuliah yang boleh menampung 100 orang setiap satu, bilik pengurusan jenazah dan rumah kakitangan serta tempat wuduk dan bilik air.
ARAS BAWAH : Aras ini merupkan aras terpenting Masjid Putra di mana terletaknya dewan solat utama yang boleh menampung jemaah seramai 8000 orang. Pintu masuk utama terletak di aras ini yang rekabentuknya berdasarkan struktur di Isfahan. Sebuah laman terbuka (sahn) terbentang luas di antara ruang solat utama dengan pintu masuk utama ini. Laman terbuka ini merupakan tapak bagi menara setinggi 116 meter dan dihiasi kolam-kolamair dan pepohon. Laman terbuka serta pelantar sekeliing aras ini boleh menampung seramai 5000 jemaah lagi.
ARAS SATU : Di aras ini terletak dewan solat utama wanita yang boleh menampung 2000 jemaah.Keempat-empat aras di atas dihubungkan oleh rangkaian tangga yang bermula dari tempat wuduk utama serta dua buah lif di kiri dan kanan pintu dewan solat utama.



Dari meja pengarang

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG MESJID PEKAN WESTON
semoga laman ini dapat dimenafaatkan bersama
bagi bertukar fikiran pandangan dan pendapat
ke arah menuju keredaan Allah Swt