Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.”
(Bukhari & Muslim)
Carta pengislaman kelolaan USIA sejak 1970 hingga 1991 mencecah seratus ribu dan terdiri daripada masyarakat Dusun. 1970 - 1976 merupakan kemasukan paling ramai iaitu melebihi lapan puluh ribu.
Suara Mualaf Sabah mencadangkan kepada pihak kerajaan Sabah dan pihak-pihak berwajib khususnya Jabatan Agama Persekutuan dan Negeri Sabah agar mengambil tindakan segera kepada saudara-saudara baru;
- Buka pusat latihan dakwah sedia ada untuk saudara baru ( mualaf ) - Tindakan JAKIM
- Pihak USIA diminta menghidupkan semula penghantaran saudara baru menunaikan fardhu haji sepertimana yang pernah dilakukan sebelum ini ( lihat carta di bawah )
- Pendaftaran semula saudara baru. Ia perlu dilakukan oleh JHEAINS agar data sebenar saudara baru dapat dikemaskini sekali gus menyambung data yang telah dibuat oleh USIA sebelum ini. ( lihat carta di bawah, untuk rujukan )
- Saudara baru ( mualaf ) yang masih bersekolah perlu dibiayai persekolahan mereka. Ini kerana, ada di antara mereka terputus sumber kewangan apabila bertukar agama.
- Lantik seorang senator saudara baru ( mualaf )
9 perkara di atas merupakan sumbangan besar USIA di Sabah . Kemuncak sejarah ini adalah sekitar tahun 1973 - 1975 . Antara tahun ini, program pengislaman beramai-ramai di kalangan masyarakat Dusun Sabah, dibuat USIA. Kerajaan Sabah di bawah parti USNO berjaya dalam program menaikkan Islam di Sabah, namun gagal memberi ilmu kepada masyarakat Dusun yang telah diislamkan. Tidak dinafikan, perlunya mereka yang bukan beragama Islam didakwah agar mereka menemui kebenaran, tetapi jika penyampaiannya kurang tepat, maka tamparan buruk akan kembalinpada umat Islam itu sendiri. Tindakan segera perlu dibut oleh pihak-pihak berwajib agar kesucian Islam kembali bersinar di bumi Sabah.
Carta keahlian USIA bermula 70-an hingga 2000. Jika dijumlah, keahliannya hampir seratus dua puluh ribu. Apakah dengan jumlah besar ini USIA tidak dapat melahirkan ilmuwan -ilmuwan Dusun? Ke mana perginya seratus lebih orang ini dan generasi mereka?
Gambar kiri; Pengembang & pendakwah Islam di Sabah. Perubatan, pendekatan yang digunakan berjaya menarik masyarakat Dusun mendekati Islam. Gambar sebelah kanan; bersongkok, merupakan orang Dusun pertama menerima Islam di tangan Mohammad Sarip Ambik atau lebih dikenali oleh masyarakat Dusun Ranau sebagai ( Bapa Tua )
Barisan Pemimpin Isalam Pertama Yang Menggerakkan USIA di negeri Sabah ,Usaha meneggakan Kalimah Allah dibumi Sabah terus Mekar sehingga hari ini . Semoga yang telah pergi menyahut seruan Allah berada didalam roh orang orang yang beriman .